Tunang Amar Asyraf Pelakon Setia Hujung Nyawa



Bersama Tunang Beliau





Pelakon yang semakin dikenali Amar Asyraf, 26,  hero dalam drama Setia Hujung Nyawa tidak menyorok tentang statusnya, Amar sudah pun bertunang pada tahun lepas, pada hari raya ketiga. Amar merancang untuk menamatkan zaman bujang setahun lagi jika tidak ada aral melintang.
Amar belum sedia mendedahkan siapakah tunangnya. Dia tidak mahu kisah tunangnya turut menjadi paparan media. “Dia memahami saya dan kami bercinta dah lebih dua tahun,” katanya pasal gadis Perak
Hanya nama tunang saja yang dipaparkan di sebuah kolum hiburan, iaitu Arna seorang pengarah produksi terlibat juga dalam bidang teater. Amar bekas graduan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) juga aktif dalam teater.
Ditanya tentang penerimaan peminat setelah mengetahui dia sudah bertunang, Amar yakin peminat sekarang bijak menilai bakat dan tidak kisah walaupun pelakon itu sudah pun berkahwin, contohnya Aaron Aziz yang berjaya walaupun dah kawhin. Dia tidak kisah lewat dikenali tetapi percaya dengan bakat yang dimilikinya mampu buat orang tahu keupayaannya berlakon.


Biodata Amar Asyraf:

Nama: Amar Asyraf Zailuddin
Pendidikan: bekas pelajar Aswara.
Berasal dari Melaka.
Lahir November 15, 1986
Drama dan telemovie : Psikik di Tv1, Kasih Najihah, Nilapura, Dalam Hati ada taman, Penunggu Istana,Dia Bukan Mariam, Kitab Cinta, Qada dan Getaran

KLIK SINI: Sumber Asal

8 Senyuman