Daniel Guiza Sah Tinggalkan Johor DT



FORMER Spain international Daniel Guiza has suffered the same fate as Italian midfielder Simone Del Nero – and his one-year contract with big spenders Johor Darul Takzim will come to a premature end when the second transfer window opens from April 8-22.

Just like Del Nero, the Spanish striker, who played a sterling role in his country winning the 2008 European Championships, played his last Super League match for the Southern Tigers last night which ended with a 3-2 win over Terengganu at the Larkin Stadium.

A Brazilian and an Argentine arrived in Johor Baru yesterday but their details are unavailable as no one is willing to talk the about the duo or about Guiza’s impending exit.

Even Guiza is rather in a daze and any efforts to get him to speak ended with a shrug and a sad look. He is certainly not his normal cheerful self.

But on the field, the bearded Guiza kept his emotions in check and bade his league farewell with a bang scoring a brace in Johor Darul Takzim’s come-from-behind win, which kept them within striking distance of new leaders LionsXII.

The Singapore side, with a game in hand, top the table with 20 points after a 1-0 win over winless Negri Sembilan in Singapore. Selangor and Johor Darul Takzim have 19 points each but are second and third respectively, separated by goal difference, after 11 matches.

Johor Darul Takzim’s winning goal came through Nurul Azwan Roya while Effa Owona scored a brace for Terengganu to take his league tally to six goals.

Del Nero’s farewell league match lasted only 70 minutes before he was replaced by Muslim Ahmad.

If the packed stadium was wondering why Guiza did not celebrate his goals in the 35th (penalty) and 45th minutes, the Spaniard probably wanted to show his sadness at his impending exit and probably also what the team will miss. His personal goal tally stands at eight, with six in the league and two in the FA Cup.

Guiza and Del Nero will don Johor Darul Takzim colours for the last time on April 6 when the team plays Selangor in the first-leg FA Cup quarterfinal match at the Larkin Stadium.

For sure, Johor Darul Takzim coach- manager Fandi Ahmad cannot afford to keep the two best foreign football commodities on the sidelines if his team is to stay in the hunt in the FA Cup.

Del Nero’s replacement is already known – Brazilian midfielder Andre Francisco, who is currently playing for Johor in the lower-tier Premier League. Johor Darul Takzim and Johor will swap players during the transfer window.

During the match against the Turtles, the home fans sang songs in praise of Del Nero, knowing that it was the Italian’s farewell league match.

During the transfer window, teams are allowed to sign up three locals and two foreign players. Johor Darul Takzim have released Ezaidy Khadar (midfield flanker), K. Sathiya (centreback) and Faizal Mansor (leftback) to Johor.

Johor, apart from Andre, have released skipper and leftback Farid Ramli, Muhammad Nazri Ahmad (centreback) and Jasazrin Jamaludin (midfielder) to play for Johor Darul Takzim.


Source

Doakan Supaya Hati Saya Terbuka Untuk Islam






Doakan Supaya Hati Saya Terbuka Untuk Islam | Itulah kata-kata yang di balas di dalam twitter JohanAsari oleh seorang lelaki bernama Chai Tzyy Ping. Alhamdulillah semoga beliau diberi hidaya oleh Allah untuk memeluk Islam. Peminat JohanAsari ini telah membalas di twitter @JohanAsari untuk mendoakan dirinya diberi hidayah untuk memeluk Islam. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik.





Dilema Dosa Letak Entri Artis,Hiburan,Gossip Dan Lucah?



Adakah anda seorang blogger artis, hiburan, gossip atau ada unsur lucah dalam blog?

Ya, ramai sebenarnya mengejar traffik tinggi dan mencanak-canak untuk kepuasan diri. Persoalan yang ingin saya utarakan di sini bukan untuk menyalahkan sesiapa sebenarnya atau  mengkritik blog sebegini, cuma saya berfikir sejenak sebenarnya.

Kenapa orang Islam yang menggunakan artis, atau unsur lucah dalam blog sebagai modal?

Jika yang bukan beragama Islam, mungkin saya sebenarnya tidak berapa kisah. Tapi, kewujudan blog sekarang seolah-olah langsung mengenepikan soal haram halal, dosa pahala. Saya bukanlah seorang ustaz mahupun ulama' seperti Ustaz Azhar Idrus. Tapi tanggungjawab sebagai saudara Islam saya nekad untuk membantu sahabat-sahabat blogger untuk mengelakkan dari mencari publisiti dengan perkara dunia yang boleh menambah modal dosa. MashaAllah...

Saya akui entri lama saya tahun lepas juga ada di selitkan dengan hiburan tapi kini saya mengubah hala dengan mengelak dari meletakkan entri yang berbaur lucah, hiburan, artis, fitnah dan politik yang berlebihan.

Untuk apa puas di dunia jika akhirat terseksa?

Jadi, saya mengambil langkah awal untuk sentiasa mengelak dari meletakkan unsur-unsur negatif di dalam blog supaya tidak menambah saham dosa. 

Akhir kata, beretika dalam dunia blog untuk pembaca di luar sana dan diri sendiri.


Apa pandangan anda?


Wanita Bertudung Ini Rupa-Rupanya Seorang Sniper Yang Hebat



Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria
Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..
Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..
Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu..Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..
“Saya suka bertempur..Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya..
“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega..Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya..
Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain..Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan.

Carta Liga Super 2013 | 30 Mac 2013


Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2013


Keputusan terkini Liga Super 2013

KEPUTUSAN LIGA SUPER : 

JDT 3 - 2 Terengganu
PKNS FC 0 - 1 Perak
Lions XII 1 - 0 Negeri Sembilan
T Team 1 - 3 Pahang




10 Sebab Kahwin Muda


1. Sudah Ada Yang Berkenan Di Hati

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri  isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2. Ingin Menjaga Mata, Hati Dan Kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3. Mencari Ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman Dalam Pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?

5. Teman Dalam Kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6. Teman Dalam Perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7. Hilang Fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai, masih kalian bersama saya? Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8. Remaja Lebih Produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? 

9. Menjadi Lebih Bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10. Menjadi Anak Yang Soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalanuntuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.



Video Parody Nyayian Shae Oleh Seorang Pondan



Nyanyian Shae Oleh Seorang Lelaki | Siapa yang tidak melihat video yang telah di kongsikan beribu pengguna facebook pada minggu ini. lagu Sayang Nyayian Shae yang popular telah di "nyanyikan semula" oleh lelaki ini. Saksikan parody bawah ini.


Kisah Mualaf Bernama Balqis





Biar saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha, menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik. Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan memakai telekung lalu solat. 


Saya duduk dibelakangnya, demi Allah saya betul-betul kagum dengan wanita itu. Walaupun dia seksi tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim. 

Gambar diatas kalau anda semua boleh perasan, cara duduk tahiyat akhir wanita ini adalah silap. Kakinya diletakkan di sebelah kiri walha sepatutnya kanan. Dalam hati saya terdetik, mungkin wanita ini baru hijrah atau menggenal sembahyang. Tapi dia berusaha. Saya kagum !

Selesai dia solat, saya beranikan diri menegur dia. Mula-mula puji kulit dia yang putih gebu, tanya bangsanya, asal di mana dan semualah.. selepas itu saya meneka-neka adakah dia saudara baru (masuk islam). Tekaan saya betul.

Wanita ini berketurunan cina, nama islamnya adalah Balqis. Dia baru belajar solat dan dia tidak tahu cara duduk tahiyat itu silap kerana tidak pernah ditegur sesiapa. Demi Allah, saya kagum dengan mua'laf itu. Dia belajar solat dan jika begitu imannya, saya tidak hairan jika suatu masa dia berjilbab. Semoga dia istiqomah. Amin

Di antara wahyu Allah kepada nabi Dauud 'alaihis salaam: 
"Tiada seorang hamba yang taat kepada-Ku melainkan Aku memberinya sebelum dia minta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan (istighfar)." (HR. Ad-Dailami)

Iblis berkata kepada Robbnya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa." Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (HR. Ahmad)




Gambar Sekitar Felda Residence Hot Springs


Sebahagian dari sistem pengaliran kolam air panas



Melihat peta bagi memastikan kedudukan sebenar dan tempat yang ingin di kunjungi


Sebahagian kolam air panas yang cukup panas untuk mandi


Replika pengaliran air panas yang unik.


Air terjun air pansa yang baru siap di bina


Private Jacuzzi sesuai untuk ahli keluarga untuk bersantai


Ini sebahagian air yang terdapat di Private Jacuzzi. Bayaran pon agak berpatutan.


Sepanjang laluan terdapat kolam air panas


Kalau tak silap masa ni pak cik ni ajar kami semua menggunakan lumut air panas untuk merawat muka. Semua peserta program menyapu ke muka untuk menjadikan kulit lebih cerah dan jelita.


Inilah sebahagian air sejuk selepas melepasi air panas. Beberapa kali juga main gelongsor untuk memuaskan hati.


Air kolam berwap kerana suhu mula menurun sebab sudah nak malam

Program ini di namakan : Engineer's Day Out pada 5 Mei 2012. Hampir setahun sebenarnya tapi baru sempat letak dalam blog.



Gambar Sweet Ustaz Don Dan Isteri 2013


Gambar Ustaz Don Dan Isteri | Siapa yang tidak mengenali Ustaz Don yang semakin popular menerusi ceramah yang menyentuh hati. Melalui cerama beliau yang sangat menarik maka ramailah yang mula mengenali diri beliau.










Ayu Raudhah Selamat Bersalin Selepas Irma Hasmie






Anak Ayu Raudhah | Selepas berita kelahiran anak pertama Irma hasmie heboh, kini giliran pelakon cantik manis ayu raudhah pula melahirkan anak pada jam 2.17 petang hari ini. Menurut twitter zaquan adha isterinya selamat melahirkan putera sulong hari ini 29 Mac 2013.







Gambar Anak Irma Hasmie



Gambar Anak Lelaki Irma Hasmie | Ramai yang ternanti-nanti kelahiran anak pelakon Irma Hasmi dan Redza. Perkahwinan mereka yang juga dinantikan sehingga kelahiran anak pertama mereka.

Peminat-peminat Irma seolah-olah sangat tertunggu kelahiran anak pertama Irma Hasmie. Tahniah buat Irma dengan kelahiran anak lelaki. Semoga menjadi anak yang soleh suatu hari nanti. Anak lelaki mereka selamat dilahirkan dengan berat 3.93 kg pada jam 8.51 pagi 29 Mac 2013.

Redza juga turut berkongsi kelahiran anak lelaki mereka di laman twitter pada hari ini 18 JamadilAwal 1434 , 29 Mac 2013.


Sempat bergambar bersama anak pertama mereka




16 Fakta Tentang Bayi Yang Anda Perlu Tahu




1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Sumber: Fakta Pelik


Cikgu Erin Dahulunya Seorang Mak Nyah




Bayan Lepas: “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.
“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.
Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.
Berita ini sebenarnya menjadi hangat kerana beliau sudah mula insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kalau tak silap cerita ini pernah meletup suatu ketika dahulu. Kini beliau menjadi popular kerana ingin berkongsi pengalaman beliau kembali ke pangkal jalan.
Begitulah kehidupan, kita perlu lihat di mana arah tujuan kita sebelum terlambat. Semoga beliau terus tabah untuk berubah.


Apakah Etika Seorang Blogger?



Kita seringkali membaca blog-blog di Malaysia atau luar negara yang mempunyai pelbagai bentuk, niche, template dan ragam. Seorang blogger seharusnya mempunyai blog dan sentiasa meng-update blog mengikut kelapangan masa.

Apa ciri-ciri blog yang anda inginkan?

1)Kekemasan
2)Kecantikan
3)Kreativiti
4)Ilmiah
5)Berinformasi
6)Personal
7)Ramai pengunjung
8)Terbaik

Blog anda, anda yang tentukan. Saya hanya mampu memerah beberapa idea dari kepala ini. Segalanya terletak di atas jari jemari yang anda letakkan di atas keyboard.

Berhubungan dengan etika, saya tidak berapa bijak dalam menilai blog malah tidak mampu mengkritik blog yang berkembang di alam maya ini. Apa yang perlu anda tahu, sesebuah blog perlu di reka dan di cipta dengan etika tertentu. Persoalannya, apakah etika seorang blogger? Amat penting untuk tidak plagiat atau copy-paste entri blogger lain tanpa sebarang kredit walaupun nampak mudah. Hal ini kerana anda akan menyebabkan blog yang original akan tenggelam di enjin carian kerana lambakan entri yang sama.

Adakah:

1) Perlu menjaga bahasa dalam blog
2) Sentiasa update blog
3) Membalas kunjungan blogger
4) Memberi komen kepada blog lain
5) Menjadi seorang blogger terkenal
6) Origina post

Ini hanya curahan idea spontan yang sengaja dikeluarkan dan tidak semestinya tepat dan benar. Hakikatnya, ada etika yang blogger perlu jaga bagi menjaga kebersihan dunia blog. Ya, tidak dinafikan memang wujud blog-blog yang tidak bermoral, fitnah menfitnah dan blog yang tidak sesuai dibaca. 

Apa etika seorang blogger sebenarnya?

Tolong curahkan idea untuk entri seterusnya...Terima kasih


Senarai Harga Domain Di Malaysia



Pasti ramai yang ingin berfikir-fikir untuk bertukar domain kerana mempunyai duit poket yang mencukupi untuk mengubah hala tuju blog. Berikut merupakan senarai yang di ambil dari website : http://beckhrooy.com/senarai-harga-domain-malaysia/

Jiwahost:RM28
KLserver RM30
ihosterz :RM30
Mercumaya : RM33
Netkl :RM 35
Internet-webhosting :RM35
Fivio : RM35
Cubiex: RM35
Malcube :RM35
Sealserver : RM35

Onebytes: RM35
Cynet: RM35
Weirdobytes: RM35
Jomhosting : RM35
Sepaku :RM35

Host Malaya :RM35
Exabytes :RM38
Shinjiru :RM38
Sempoihosting :RM38
Yeahhost:RM39.90
Serverfreak: RM40
Ejoesolution :RM40
Datakl :RM45
E-Globalhosting: RM49

Tapi semua senarai di atas adalah untuk pengguna (.com). Jadi macam fendy, fendy guna free (.my) dari AsiaHost dan percuma setahun kerana promosi. Pengguna (.com) atau (.my) ada kelebihan masing-masing. Pengguna (.my) lebih mesra di Malaysia untuk enjin carian google.com.my/ 
Anda boleh memilih pakej domain yang anda suka atau mengikut harga yang anda inginkan.

Kelebihan domain:

Anda akan mendapat traffik yang lebih tinggi sebelum menggunakan khidmat blogspot atau wordpress. Cadangan adalah lebih baik menggunakan domain (.com) atau (.my) kerana ianya lebih mesra di www.google.com.my. Untuk lebih kelebihan domain anda boleh google sendiri dan lihat blog mana yang tersenarai awal dalam search engine di page pertama google.


Belajar SEO blog Dengan Mudah





Sebenarnya banyak cara untuk mempelajari SEO dan SERP. video ini mengambil masa sejam lebih tapi ianya berbaloi bagi mereka yang ingin mempelajari SEO blog dengan mudah.

Atau anda juga boleh ke website: Search Engine RoundTable


Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013




Apa seronoknya blogging?

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara. Jika anda sedang membaca blog ini maka anda memang perlu membaca dan menjoinkan diri dalam contest Kertas Warna Merah ini. Kerana apa, kerana ia adalah sebuah contetest yang simple dan menarik untuk para blogger semua.

Menelusuri arus pemodenan,sudah tentu keseronokan blogging berbeza bagi setiap blogger. Ada yang suka suka, ada yang untuk menjana pendapatan dengan menjual produk, ada yang menjadikan blog pendapatan sampingan dan pelbagai lagi. Bagi saya, keseronokan blogging bergantung kepada apa yang ingin di capainya. Jika ingin mencapai pendapatan sampingan, maka teruskan dengan mempromosikan blog. Bagi saya, tidak kira hebat atau tidak sesebuah blog, semuanya bergantung kepada empunya blog itu sendiri. Sejauh mana dia mampu bertahan dalam dunia blog dan mampu mengenali dunia blog  yang sebenar. Keseronokan blog akan dapat di rasakan bilamana kita berjaya mencapai matlamat dalam dunia blog dan berjaya menjadi blogger yang cukup berkaliber. Banyak informasi yang kita sendiri tidak ketahui mampu di peroleh dengan sekelip mata di dalam dunia blog. Ramai blogger yang peka dengan isu semasa dan secara pantas meng-update entri terbaru mereka. Itulah sebenarnya kelebihan blogger, iaitu pantas mendapatkan maklumat.

Banyak lagi yang perlu dilakukan dalam dunia blog jika kita masih setahun jagung. Pelajarilah daripada otai-otai dan pakar blog yang sentiasa di sekeliling anda. Teruslah berjuang dan selamat ber-blog.

Kesimpulannya, jadikanlah blog anda blog yang mengikut etika dan sentiasalah mengupdate blog walaupun hanya sekeping gambar. Terima kasih dan selamat berblogging dari blog menulis menconteng.....



Tarikh Tutup
 01.04.2013


Hadiah Utama: 
TOP UP RM30 serta
Bertenggeknya feed blog anda secara percuma sampai 5 post di blog ini. serta
1 set buku buku keluaran PTS
1 helai T-Shirt Running Man


Tempat kedua
Top UP RM 10 serta  1 set kalender mini
1 Helai T-Shirt Running Man

Tempat Ketiga
Top UP RM 5 hinggit

Tempat Ke Empat
1 set penanda buku 




Senarai Biasiswa 2013 Lepasan SPM STPM Matrikulasi Diploma




Senarai Biasiswa di Malaysia yang popular ,Spm Stpm

1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
3. Biasiswa PETRONAS, Malaysia
4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
5. Biasiswa FELDA, Malaysia
6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia
11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
13. Biasiswa Maybank, Malaysia
14. Biasiswa Proton, Malaysia
15. Biasiswa Shell, Malaysia
16. IJM Scholarship
17. Genting Scholarship, GENM
18. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
19. Biasiswa Astro
20. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Antara Senarai Biasiswa di Malaysia yang lain untuk pelajar Malaysia

  1. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
  2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  3. Biasiswa New Zealand Commonwealth
  4. Biasiswa Singapura
  5. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
  6. The UEM Scholarship Programme
  7. Biasiswa Romania
  8. Biasiswa Taylor’s World Class
  9. Biasiswa Astro
  10. Program Penajaan Pendidikan PETRONAS
  11. Hong Leong Foundation Scholarship Programme
  12. British Council IELTS Scholarship
  13. The Titijaya Scholarship Fund
  14. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
  15. Biasiswa Yayasan TM
  16. AMCHAM-MACEE Scholarship Program
  17. Limkokwing Scholarship Award
  18. Gamuda Scholarship Award
  19. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
  20. The Star Education Fund
  21. Securities Commission Malaysia Scholarship Award
  22. Program Tajaan Khazanah Global
  23. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
  24. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  25. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
  26. Sin Chew Daily Education Fund
  27. ASEAN Scholarships for Malaysia
  28. Biasiswa Taiwan
  29. The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund
  30. Biasiswa Amcham-Macee
  31. IJM Scholarship
  32. Genting Scholarship, GENM

Lain-Lain Senarai Biasiswa di Malaysia

1)PTPTN
www.ptptn.gov.my
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
www.yayasantar.org.my
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
www.feldaholdings.com
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
www.jpa.gov.my
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
www.sabah.gov.my/jpan
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
www.psc.sarawak.gov.my
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
www.biasiswa.sabah.gov.my
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
www.maiamp.gov.my
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
www.maij.gov.my
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
www.selangor.gov.my
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my
15) Gamuda Berhad
www.gamuda.com.my
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
www.jkmwpkl.gov.my
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
www.kwsp.gov.my
18) Lembaga Zakat Selangor
www.e-zakat.com.my
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
www.bankrakyat.com.my @ www.yayasanbankrakyat.com.my
20) Majlis Amanah Rakyat
www.mara.gov.my
21) Pusat Zakat Sabah
www.zakat.sabah.gov.my
22) Yayasan Negeri Sembilan
www.yns.gov.my
23) Skim Biasiswa National Science F
www.masduke.net/download/nsf.doc
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
www.mosti.gov.my
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
www.perkeso.gov.my
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
www.pnb.com.my
27) Sarawak Shell Berhad
www.shell.com.my
28) Sapura Industrial Berhad
www.sapuraindustrial.com.my
29) Terengganu Advanced Technical Institute
www.tatiuc.edu.my
31) Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
32) Yayasan Pahang
www.yp.org.my
33) Yayasan Sabah
www.ysnet.org.my
34) Yayasan Selangor
www.yayasanselangor.org.my
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
www.yakin.kelantan.gov.my
37) Yayasan Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
www.johordt.gov.my/ypj
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf



For more Scholarship, go to website: Malaysia Scholarship 2013| 2014